-->
« PYZAM.COM
CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
skip to main | skip to sidebar
ciNta aLLah

when it come true

when it come true

Wednesday, December 29, 2010

aNak KeciL yaNg taKut aPi neRaka...

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seseorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai,sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata : “Wahai anak kecil,kenapa kamu menangis?”
Maka berkata anak kecil itu, “wahai pakcik,saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum”yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman,jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Berkata orang tua itu, “Wahai anak,janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Bekata anak kecil itu,”Wahai pakcik,pakcik adalah orang yang berakal,tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar.Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu sambil menangis,”Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”
HIMPUNAN KISAH-KISAH MENYAYAT HATI OLEH MUHAMMAD ISA SELAMAT
asya:even anak2 kecik pun takutkan neraka,,,tapi bagaimana yang dewasa??yang seharusnya memberi teladan kepada yang muda,,,renung-renungkanlah,,,,,,
Posted by cinta Allah at 8:09 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

Monday, December 20, 2010

ANNISAA’(WANITA)

Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita ,kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita,dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.
Maka wanita yang soleh itu ialah yang taat(kepada Allah dan suaminya),dan yang memelihara dirinya ketika suami hadir bersama ,dengan pemeliharaan Allah.
Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusus,hendaklah kamu menasihati mereka,dan pulaukanlah mereka di tempat  tidur ,dan pukullah mereka.
Kemudian jika mereka taatkanmu,maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.                                    
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi,lagi Maha Besar. (an-nisaa’:34)
Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya ,maka kirimlah seorang hakam(juru damai) dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan.
Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan ,nescaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri  itu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(an nisaa’:35)

                                 
Posted by cinta Allah at 7:44 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

Friday, December 17, 2010

peTua keCantiKan iSlam


  • Agar wajah selalu segar,berseri-seri dan cantik,cucilah minima 5 kali sehari dengan air wuduk.Jangan langsung dikeringkan ,biarlah menitis dan kering sendiri.Lalu ambillah sejadah,solat,berzikir dan berdoa.
  • Untuk menghilangkan stress,perbanyaklah pergerakan.Perbanyakkan solat.Ketika solat,kit mengerakkan seluruh tubuh.Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
  • Untuk pelembab,agar awet muda,gunakanlah senyuman.Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' , ''Allahuma Kama Hassanta Khalqil Fahassin Khuluqil''(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku,maka perindahkan pula akhlakku).(HR Ahmad).
  • Untuk punya bibir cantik ,bisikkan kalimat-kalimat Allah ,tidak menyakiti hati orang lain,tidak menyombongkan diri atau takbur.
  • Agar tubuh langsing ,mulus,diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali,Isnin dan Khamis.Jika kuat lebih bagus lagi Nabi Daud a.s selang satu hari.Makanlah makanan halal,perbanyak sayuran ,buah-buahan dan air putih.
  • Untuk mengembangkan diri,sebarkan salam dan sapaan.Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Posted by cinta Allah at 7:37 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia  mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
Posted by cinta Allah at 1:34 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

Thursday, December 16, 2010

LIMA BELAS MAKSIAT yang akan menurunkan BALA

Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah S.A.W bersabda,

''Apabila umatku telah membuat lima belas perkara,maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu ,apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan,zakat dijadikan hutang,suami memperturutkan kehendak isteri,anak derhaka terhadap ibunya,sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya,suka menjauhkan diri daripada ayahnya,suara ditinggikan di dalam masjid,yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka,seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,khamar(arak) sudah diminum dimerata tempat,kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki,para artis-artis disanjung,muzik banyak dimainkan,generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi perama(sahabat).''

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.
Posted by cinta Allah at 6:10 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

7 KALIMAT untuk diAMALKAN

Barang siapa hafal tujuh kalimat,ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas laut....
  • Menyebut Bismillah pada tiap-tiap melakukan sesuatu.
  • Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  • Menyebut Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  • Menyebut Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  • Menyebut La haula wala kuwwat illa billah jika menghadapi sesuatu yang ta disukai dan ta diingini.
  • Menyebut Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  • Menyebut La ilaha illallah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan menjadi rutin harian.

Posted by cinta Allah at 12:22 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

Wednesday, December 15, 2010

19 kEisTimeWaan waNita

  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika diatanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut,jawab baginda,''Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia''
  2. Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1000 soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menanagis kerana takutkan Allah.Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab ,maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu ,maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  9. Daripada Aisyah r.a ''Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka .maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya,maka semua ikan-ikan di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisya r.a berkata ,"Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW,"Ibunya".
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama.maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya.(10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui,maka bagi ibu bapa itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalam seseorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Posted by cinta Allah at 11:29 PM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

HijRah sAtu peRjuanGan

Hadith :
Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya.”

(Muslim)
Posted by cinta Allah at 1:22 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

kewajipan mengawal nafsu

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”

Riwayat al-Bukhari



Huraian
i) Di samping faktor-faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.
ii) Mengendalikan hawa nafsu merupakan jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan .
iii) Orang yang mengikut hawa nafsu seringkali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak merasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas. Sebagai contoh, muda-mudi hari ini didapati begitu banyak yang berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan yang seumpama dengannya sedangkan kita mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia menjadi rosak .
iv) Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk dari Allah S.W.T sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.
Posted by cinta Allah at 1:16 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2011 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  January (2)
  • ▼  2010 (9)
    • ▼  December (9)
      • aNak KeciL yaNg taKut aPi neRaka...
      • ANNISAA’(WANITA)
      • peTua keCantiKan iSlam
      • SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
      • LIMA BELAS MAKSIAT yang akan menurunkan BALA
      • 7 KALIMAT untuk diAMALKAN
      • 19 kEisTimeWaan waNita
      • HijRah sAtu peRjuanGan
      • kewajipan mengawal nafsu

Followers

alunan indah untukmu...




Gratisan Musik

leTs jiHad wIf me...^^


ShoutMix chat widget

Facebook Badge

AdOya NesTlo

Create Your Badge
 


dalam mencari erti keredhaan-Nya

Berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia....



Sedekahkanlah sebuah senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan...



Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka...



Berhentilah memberikan alasan walau ingin menyatakan kebenaran...



Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan...



Berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan...



Bukti kasih-Nya ,kita wujud di dunia fana ini...



Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara...



Yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengakui keimanan kepada-Nya...



Jangan terlalu berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu...



Perihal kehidupan sebagai cermin dalam manilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...



Moga lelahmu dihargai Ilahi walaupun dicemuhi...










Blogger Templates Blogger Templates
Blogger Backgrounds
MySpace Comments