-->
« PYZAM.COM
CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
skip to main | skip to sidebar
ciNta aLLah

when it come true

when it come true

Monday, December 12, 2011

Rahsia Rukun Solat



Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1 –         Niat Sembahyang :
      Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 –         Berdiri Betul :
      Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 –         Takbir-ratul Ihram :
      Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 –         Fatihah :
      Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 –         Ruqu’ :
      Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 –         I’tidal :
      Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 –         Sujud :
      Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 -      Sujud :
      Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 –         Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
      Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 –         Tahhiyat Akhir :
      Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur.

11 –         Selawat Nabi :
      Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 –         Salam :
      Memelihara kita di dalam kubur.

13 –         Tertib :
      Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…  
Posted by cinta Allah at 8:58 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, November 30, 2011

santapan telinga,,minda,,fikiran untuk hari ini...SEKIAN :)
assalammualaikum w.b.t 
Posted by cinta Allah at 7:51 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PEREMPUAN

      PEREMPUAN
Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya,
sehingga terbayang kulitnya.
Kerana dia tahu bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
"am yashluh an yura minha”
(tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya)
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupun
tersembunyi tetap
bergemerincing & menarik perhatian orang lain,
lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia
telah melanggar larangan Allah.
Allah Taala berfirman :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(An-Nur : 31)
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.
Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu.
Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi
Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian,
adalah seperti pelacur.
Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji,
kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah
mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan
perkataan yang buruk atau jahat,
adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.
Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik & buruk dinyatakan dengan jelas di
dalam Al-Quran.
Allah Taala berfirman :
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup”
(Ibrahim : 24-26)
PEREMPUAN
Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat,
memperkatakan keabaian saudaranya.
Dia tahu bahawa sekiranya orang yang
suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging
saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firman-Nya.
Allah Taala berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Al-Hujurat : 12)
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi yang pendek,
apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk tubuhnya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan.
Dia tahu apabila bertudung,
dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga
menutup alur lehernya & tidak menampakkan
bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasulullah seperti yang disuruh oleh Allah.
Allah Taala berfirman :
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Ahzab : 59)
Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami
mesti memberi peringatan
untuk isteri & anak-anaknya
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa
yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,
bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat,
jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.
Bahaya suara wanita yang bercakap dengan
gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya)
Allah Taala berfirman :
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al-Ahzab : 32)
Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk
menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja.
Adab bersolek (tabarruj) ini amat
ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana kecantikannya
Allah Taala berfirman :
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(An Nur : 60)
Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid & berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi.
Allah Taala berfirman :
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”
(Al-Ahzab : 33)
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya,
daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian & perhiasannya kepada lelaki asing; & memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya & kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak



HASIL C&P DARI GORUP AKU BENCI DEDAH AURAT DI FB :)
Posted by cinta Allah at 5:18 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Assalamualaikum semua.
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda teknik dialog.
Sekiranya dialog terjadi antara perawat dan jin maka soalan yang perlu ditanya adalah:

1) Kamu datang dari mana?
Sekiranya jin memberitahu identiti orang yang menghantarnya, maka janganlah dipercayai dakwaan tersebut 100%. Ini kerana kebiasaannya jin suka menfitnah demi melaga2kan pesakit. Soalan ini ditanya sekadar ingin melihat 'akal'nya sahaja, sama ada dihantar atau sebab2 lain.. Siapa tidak penting... Yang penting jin keluar dari tubuh pesakit.

2)Kamu Islam atau kafir? Agama apa?

Sekerinya kafir pujuklah ia untuk memeluk agama Islam. Kalau tidak mahu tidak mengapa kerana HIDAYAH adalah hak Allah Taala... Saya biasa berdialog dengan jin Kristian, Hindu dan tidak beragama.. Ada di kalangan mereka yang sudi memeluk Islam dan ada yang tidak Ajarlah mereka asas agama secara ringkas seperti:

-Tuhan kamu adalah Allah.
-Nabi kamu adalah Saidina Muhammad saw.
-Kitab kamu adalah al Quran.

Ajarkannya syahadah dan maksudnya sekali dan berikan nama untuknya bergantung kepada jantinya.
Suruhlah ia pergi belajar agama dengan jin2 Islam yang terdapat di masjid2.

3) Kenapa kamu masuk ke dalam badan manusia ini?

Sekiranya kerana dihantar oleh tukang sihir, terangkan hukumnya. Begitulah juga sekiranya ia ingin berdamping, jin saka keturunan yang sudah ada MOU, jin asyiq dan sebagainya..

Jelaskan hukum jin masuk ke dalam badan manusia tetap haram di sisi Allah walau apapun sebabnya.

Sekiranya berdegil dan main2 'seksa'lah ia sepertimana post yang telah lepas.

4) Ada berapa ekor jin dalam badan manusia ini?

Sekiranya jin lebih dari satu maka panggillah ketuanya supaya kita dapat berdialog dengannya.. Tetapi AWAS, kebanyakan dari jin ini hanya menipu dari segi bilangan. Biasanya 1 satu saja yang masuk ke dalam tubuh manusia.. Sekiranya ketuanya setuju untuk keluar maka secara automatik yang lain juga akan keluar.

5) Kamu ini buat perjanjian sebelum keluar dari badan manusia ini?

Selepas di'seksa' biasanya mereka akan setuju untuk membuat perjanjian. Perjanjian tersebut mestilah dibaca oleh mua'lij dan mesti diikuti oleh jin tersebut.

Contoh perjanjian tersebut adalah:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bahawa dengan ini aku bersumpah dengan nama Allah Taala bahawa aku akan keluar dari tubuh badan manusia ini dan tidak akan kembali kepadanya dan mana2 tubuh manusia lagi. Sekiranya aku melanggar sumpah ini maka layaklah aku mendapat laknat Allah. Sekiranya Allah melaknatku maka semua nabi melaknatku. Semua wali melaknatku. Semua para malaikat, manusia, jin dan semua makhluk akan melaknatku!

Wahai Tuhanku, sekiranya aku bercakap benar maka permudahkanlah aku untuk keluar. Sekiranya aku bohong maka terserahlah kepada manusia ini untuk lakukan apa yang mereka suka kepadaku.

Demi Allah!!! Aku bersaksi dan bersumpah apa yang aku katakan"

Paksalah ia keluar, azan dan tepuklah belakang badannya...
Kebiasaannya ia akan keluar dan tidak akan kembali lagi dengan izin Allah jua!

Selamat mencuba!!!



hasil C&P dari group BERTAUBATLAH :)
Posted by cinta Allah at 5:05 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, November 29, 2011

Posted by cinta Allah at 5:17 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
                             style lah ustaz azhar idrus nih...
                                             
                        hee...ce kome dengar sikit...besh2... :)

Posted by cinta Allah at 5:12 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
HIJRAH

               "Umat Islam semakin tidak mengerti Hakikat Hijrah Rasulullah SAW"

Kini, setelah 1433 tahun Hijrah berlalu, sebahagian kaum Muslimin sudah tidak lagi mengerti akan hakikat hijrah Rasulullah SAW. 
Di Malaysia saban tahun, Hijrah disambut dengan perarakan di sana sini. Dan saban tahun juga kita menyaksikan adanya anugerah tokoh Ma’al Hijrah sama ada di peringkat pusat mahupun negeri. 
Makna dan hakikat Hijrah sudah berubah sedemikian rupa sehingga umat Islam sudah tidak lagi memahami pengertiannya yang sebenarnya. 
Apa yang diperbesarkan oleh pemerintah dan ulama mereka adalah pengertian Hijrah dari aspek bahasa. Hijrah sering dimaknakan sebagai perpindahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. 

Jika seseorang itu gagal dalam hidupnya dan kemudian berjaya, ini dikatakan Hijrah. Jika kehidupan seseorang itu miskin, kemudian berubah menjadi kaya, ini dikatakan Hijrah. Jika seseorang naik pangkat dalam pekerjaannya, naik jawatan atau gelaran dalam profesionnya atau jika ada seseorang yang berjaya mendidik kesemua anaknya hingga ke menara gading, maka kesemua ini dikatakan Hijrah. Malah golongan inilah yang layak untuk dicalonkan sebagai tokoh Ma’al Hijrah! 

Pendek kata, inilah makna Hijrah yang telah diindoktrinisasikan oleh pemerintah sekular ke dalam masyarakat, sehingga pengertian sebenar Hijrah (yakni) perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam, sudah dihilangkan dari pemikiran umat. 
Sesungguhnya Darul Islam adalah Daulah Khilafah, dan ia sudah tidak lagi wujud di dunia ini semenjak kejatuhannya pada 28 Rejab 1342H yang lalu. 

Sejak itu hingga kini, umat Islam kesemuanya tinggal di Darul Kufur dan di Tanah Melayu diperintah oleh undang-undang kufur Lord Reid dan sistem warisan kufur British. 

Dan sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan semula Negara Islam Global (Daulah Khilafah) ini amat terkait rapat dengan persoalan Hijrah. 
Justeru, hakikat dan hukum hijrah hendaklah difahami dengan benar agar bila tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi, umat Islam di seluruh dunia tidak akan terkeliru dalam usaha mereka untuk berhijrah menuju Darul Islam (Khilafah) yang akan baru muncul ini. 
HASIL:C&P




Posted by cinta Allah at 4:57 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 1, 2011

AL ISRAA' - MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI

BEBERAPA TATA KRAMA PERGAULAN(surah AL ISRAA’ –MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI)
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepda keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.(al israa’ayat 23)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka  berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku kasihanilah mereka keduanya ,sebaimana mereka telah mendidik aku sewaktu kecil”.(al israa’ ayat 24)
Tuhanmu lebih megetahui apa yang ada dihatimu jika kamu orang-orang yang baik,maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.(al israa ayat 25)
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya ,kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan ,dan janganlah kamu menghamburk-hamburkan (hartamu) secara boros.        ( al israa’ayat 26)
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalh saudara syaitan dn syaitan itu adalah sangat ingkar akan Tuhannya.( al israa’ayat 27)
Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhanmu yang kamu harapkan ,maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas(maksudnya:apabila kamu tidak dapat melaksanakan perintah Allah seprti yang tersebut dalam ayat 26,aka katakanlah kepada mereka perkataan yang baik agar mereka mereka tidak kecewa lantaran mereka belum mendapat bantuan dari kamu.Dalam pada itu kamu berusaha untuk mendapat rezeki (rahmat) dari Tuhanmu,sehingga kamu dapat memberikan kepada mereka hak-hak mereka.) (al israa’ayat 28)
Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan dan janganlah kamu menghulurkannya(maksudnya:jangan terlalu kikir,dan jangan terlalu pemurah) kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.(al israa’ayat 29)
Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siap yang Dia kehendaki dan menyempitkannya ,sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (al israa ayat 30)
Posted by cinta Allah at 1:52 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya

mAbUk daLam ciNta aLLaH

Dikisahkan dalam kitab karangan Imam Al Ghazali bahawa pada suatu hari nabi Isa a.s bahawa pada suatu hari nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun,bila pemuda yang sedang menyiram air  itu melihat nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata , “Wahai nabi Isa a.s,kamu mintalah kepada Tuhanmu agar dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya.”
Berkata Nabi Isa a.s , “Wahai saudaraku,kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”
Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s , kalau aku tidak akan terdaya untuk satu Jarrah,maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah itu.”
Oleh sebab keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaanya kepada Allah,maka nabi Isa a.s pun berdoa: Ya Tuhanku ,berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepadaMu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi tempat pemuda yang memintanya berdoa,tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu lalang di tempat tersebut dan berkata salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah beliau mendengar penjelasan orang-orang itu beliau pun berdoa kepada Allah SWT, “Wahai Tuhanku tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada diantara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar,matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dan memberi salam ,tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s lalu Nabi Isa a.s berkata , “Aku ini Isa a.s.” Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu yang berbunyi : “Wahai Isa bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia ,sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setenagah berat Jarrah cintanya kepadaKu.Demi keagungngan dan keluhurunKu,kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekali pun tentu dia tidak mengetahuinya.”
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah tetapi dia mencintai dunia
. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal,tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya ,tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah SAW bersabda : “Akan datang waktunya umatku akan mecintai lima lupa kepada yang lima :
·        Mereka cinta kepada dunia.Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
·        Mereka cinta kepada harta benda.Tetapi mereka lupa kepada hisab.
·        Mereka cinta kepada makhluk.Tetapi mereka lupa kepada Al-Khaliq.
·        Mereka cinta kepada dosa.Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
·        Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah.Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Asya : marilah kita semua mencari yang LIMA yang kita lupa itu....

HIMPUNAN KISAH-KISAH MENYAYAT HATI(MUHAMMAD ISA SELAMAT)


Posted by cinta Allah at 12:09 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asya
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ▼  2011 (9)
    • ▼  December (1)
      • Rahsia Rukun Solat
    • ►  November (6)
      • santapan telinga,,minda,,fikiran untuk hari ini......
      • PEREMPUAN
      • Assalamualaikum semua.Kali ini saya akan berkongsi...
      • No title
      •                              style lah ustaz azhar...
      • HIJRAH                "Umat Islam semakin tidak...
    • ►  January (2)
      • AL ISRAA' - MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI
      • mAbUk daLam ciNta aLLaH
  • ►  2010 (9)
    • ►  December (9)

Followers

alunan indah untukmu...




Gratisan Musik

leTs jiHad wIf me...^^


ShoutMix chat widget

Facebook Badge

AdOya NesTlo

Create Your Badge
 


dalam mencari erti keredhaan-Nya

Berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia....



Sedekahkanlah sebuah senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan...



Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka...



Berhentilah memberikan alasan walau ingin menyatakan kebenaran...



Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan...



Berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan...



Bukti kasih-Nya ,kita wujud di dunia fana ini...



Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara...



Yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengakui keimanan kepada-Nya...



Jangan terlalu berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu...



Perihal kehidupan sebagai cermin dalam manilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...



Moga lelahmu dihargai Ilahi walaupun dicemuhi...










Blogger Templates Blogger Templates
Blogger Backgrounds
MySpace Comments